Tuesday 29 May 2012

PERHIMPUNAN BULANAN PPD KINTA SELATAN

29 Mei 2012 - Perhimpunan Bulanan PPD Kinta Selatan buat pertama kali di adakan bertempat di SBPI Gopeng dan di rasmikan oleh Ketua Sektor Peperiksaan dan Penilaian , Tn Hj Nawawi. Taklimat dari Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan JPN Perak berkenaan Tindakan Tatatertib Penjawat Awam telah di adakan dari jam 800-1000 pagi , seterusnya ucapan PPD Kinta Selatan , Kapten Dr. Hj Damanhuri tentang kepimpinan Kontigen Kinta Selatan ke MSSM mewakili Negeri Perak. Syabas kepada 4 pelajar Kinta Selatan yang dapat memenangi pingat Emas , perak dan gangsa ,tahniah kepada Pengetua SMK Sultan Yusuf , Tn Hj Saidin dan Pengetua SMK Kampar,Tn Hj Ibrahim yang mana pelajar mereka telah memenangi acara tersebut .Seterusnya ucapan perasmian dari KS Penilaian & Peperiksaan. Perhimpunan ini di sertai oleh 40 kakitangan dari PPD dan 240 dari SM dan SR seluruh Kinta Selatan.Semoga ilmu yang di perolehi melalui taklimat Tindakan Tatatertib dapat di praktik dan di sampaikan kepada semua staff di jabatan masing-masing.

1 comment:

  1. Pelajar dari SMK Sultan Yussuf telah memenangi pingat Emas pertama MSSM dalam acara 5000m .Perak mendapat tempat kedua dengan 33 emas...syabas.

    ReplyDelete