Sunday 2 September 2012

Perjumpaan bersama polis

Pada 30 Ogos 2012 bertempat di Grand Kampar telah berlangsungnya perbincangan antara pihak PDRM dan PPD Kinta Selatan yang di sertai oleh semua Pengetua Kinta Selatan . Perbincangan ini berkisar mengenai kerjasama 2 hala antara pihak IPD Kampar dan IPD Batu Gajah dengan semua sekolah di bawah naungan PPD Kinta Selatan. Moga kerjasama ini akan terus erat demi untuk mengatasi masalah disiplin pelajar yang tambah meruncing

Monday 4 June 2012

KEPIMPINAN BARU MPSM KINTA SELATAN

Pada 17 mei 2012 , Mesyuarat Agung MPSM Kinta Selatan telah di adakan bagi memilih Ahlijawatankuasa yang baru . Berikut adalah AJK bagi sesi 2012 :
        Pengerusi : Tn Hj Ibrahim b. Mat Diah (SMK Kampar)
Naib Pengerusi : Tn Hj Saidi b. Ngah Abd.Said (SMK Sentosa)   
  Setiausaha : Pn.Hajjah Robiah bt Ahamad (SMK Idris Shah)  
  P/Setiausaha: Pn Hajjah Bainah bt Abdolah (SMKDBCM Yusuf)  

  Bendahari : Pn Hajjah Jamaliah bt Ibrahim (SMK Seri Teja)  
AJK : Semua Pengetua Kinta Selatan 

  Selamat Bertugas kepada AJK sesi 2012. Semoga dapat membawa SMK Kinta Selatan bertaraf dunia. Di maklumkan MPSM Kinta Selatan akan menjadi AJK Makan Malam untuk persidangan MPSM Perak yang di jangka berlansung pada 10- 12 Julai 2012 di Hotel Riverfront Ipoh. Moga kita dapat menjalankan tugas ini dengan sebaik-baiknya tanpa cacat . Insyallah. Kepada yang bercuti di musim cuti sekolah ini.. selamat bercuti.. carilah idea yang baru untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah Kinta Selatan.
Kepada Miss Ng.. SELAMAT BERSARA...MOGA HILANG SEGALA KERISAUAN... Salam..

LANGKAH-LANGKAH PEMANTAUAN KLINIKAL

Langkah 1     :     1. Perbincangan Pra -pemantauan
                           2. Kenalpasti bidang dan topik
                           3. Tetapkan kriteria pemantauan
                           4. Bentuk / kaedah mengutip data

Langkah 2    :      1. Pemantauan
                           2. Merekod Perkara sebenar yang berlaku di bilik darjah

Langkah 3     :     1. Analisis dan strategi
                           2. Menyusun data berformat
                           3. Menyenaraikan strategi penambahbaikan

Langkah 4    :      1. Refleksi
                           2. Senarai kekuatan dan kelemahan serta cadang cara atasi

Langkah 5    :     1. Perbincangan selepas pemantauan
                          2. kenalpasti bidang strategi betul bagi mengatasi kelemahan
                              secara berhemah
                          3. Tetapkan semula pemantauan seterusnya

(Rujukan - Abdul Ghani Abdullah - Kepimpinan & Penambahbaikan
Sekolah -PTS )

Tuesday 29 May 2012

Taklimat PBS

24 Mei 2012 Satu taklimat PBS telah diadakan untuk meleraikan beberapa isu yang di hadapi oleh para pengetua Kinta Selatan. Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPDKS . Taklimat telah di sampaikan oleh Timbalan PPD , En Adenan dan dihadiri sama oleh semua Penolong Kanan SM Kinta Selatan. Sebanyak sedikit beberapa persoalan telah terjawab. Moga PBS berjalan dengan lancar di semua SM Kinta Selatan .

PERHIMPUNAN BULANAN PPD KINTA SELATAN

29 Mei 2012 - Perhimpunan Bulanan PPD Kinta Selatan buat pertama kali di adakan bertempat di SBPI Gopeng dan di rasmikan oleh Ketua Sektor Peperiksaan dan Penilaian , Tn Hj Nawawi. Taklimat dari Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan JPN Perak berkenaan Tindakan Tatatertib Penjawat Awam telah di adakan dari jam 800-1000 pagi , seterusnya ucapan PPD Kinta Selatan , Kapten Dr. Hj Damanhuri tentang kepimpinan Kontigen Kinta Selatan ke MSSM mewakili Negeri Perak. Syabas kepada 4 pelajar Kinta Selatan yang dapat memenangi pingat Emas , perak dan gangsa ,tahniah kepada Pengetua SMK Sultan Yusuf , Tn Hj Saidin dan Pengetua SMK Kampar,Tn Hj Ibrahim yang mana pelajar mereka telah memenangi acara tersebut .Seterusnya ucapan perasmian dari KS Penilaian & Peperiksaan. Perhimpunan ini di sertai oleh 40 kakitangan dari PPD dan 240 dari SM dan SR seluruh Kinta Selatan.Semoga ilmu yang di perolehi melalui taklimat Tindakan Tatatertib dapat di praktik dan di sampaikan kepada semua staff di jabatan masing-masing.

MESYUARAT MPSM KINTA SELATAN

Pada 17-18 Mei 2012 MPSM Kinta Selatan telah menghadiri mesyuarat pengurusan 2 ,PPD Kinta Selatan yang di adakan di Cameron Highland. Mesyuarat selama 2 hari itu telah di isi dengan bengkel isu terkini di sekolah seperti PBS , IM IS dan Kemenjadian Murid . Pn Juriah ,pengetua SMK Tronoh telah berkongsi ilmu hasil dari kursus Visi ,Misi .KPI dan Perancangan Strategik  yang telah beliau hadiri. Mesyuarat ini juga telah meraikkan Pn Hajjah Noraini , pengetua SMK Seri Teja yang telah bertukar ke SMK Tg Rambutan dan Persaraan Pengetua SMK Bernadette Convent . Tuan PPD , Kapten Dr Damanhuri telah hadir bersama merasmikan penutupan mesyuarat dengan beberapa nasihat yang amat berguna.
Pada Pn Hajjah Noraini.. Selamat Bertukar ke tempat baru.. moga terus cemerlang . Pada Miss Ng , selamat bersara .. moga terus sihat ..

Monday 28 May 2012

MPSM KEBANGSAAN KE 51

Persidangan Majlis Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan kali ke 51 telah di adadakan di Hotel Zenith Kuantan dari 19- 22 April 2012 dengan tema " Kepimpinan Inovatif dan Kreatif Menjana Tranformasi Pendidikan Negara" . Persidangan selama 4 hari itu telah di isi dengan pelbagai isu yang membuka minda para pengetua untuk menghadapi cabaran transformasi perndidikan di alaf ke 21 ini. Semua pengetua Kinta Selatan telah hadir kecuali SBPI Gopeng dan SMK Malim Nawar yang menghantar wakil di sebabkan tugas lain yang tidak dapat di elakkan. Di era globalisasi ini dengan pelajar yang cerdik IT , semua pengetua perlu berubah kearah lebih kreatif supaya seiring dengan peredaran semasa.. Moga semua Pengetua Kinta Selatan bersedia dengan perubahan ini .

IAB -KURSUS FAIL MEJA

3-5 April , Semua Pengetua SM Kinta Selatan telah di hantar berkursus di IAB Genting . Pengisian kali ini ialah  Fail Meja di sekolah terutama Fail Meja Pengetua . 2 Daerah telah sama-sama menyertai kursus ini iaitu Daerah Kinta Selatan ,Perak dan Pengetua dari Daerah Kelang , Selangor .
Diharap semua Pengetua Kinta Selatan akan mempunyai Fail Meja yang  terbaik... setelah berkursus.


Wednesday 16 May 2012

Mesyuarat MPSM 1/2012

Pada 3 Februari yang lalu bertempat di Hotel Hillcity pihak MPSM Kinta Selatan telah mengadakan mesyuarat MPSM KS 1/2012 , serentak dengan itu juga pihak MPSMKS meraikan pengetua yang bersara dan bertukar ke daerah lain :
i) Datin Rogai (bersara)
ii) Tn.Hj Jasmie (ke SMK Bainun)
juga mengucapkan selamat datang kepada :
i) En Adenan b.Yaakub ( Timbalan PPD Kinta selatan)
ii) Tn Hj Saidin
iii) Pn Hjh Bainah

Ahli MPSM Kinta Selatan

MPSM Kinta Selatan di anggotai oleh 15 orang pengetua Sekolah Menengah di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan. Sekolah- sekolah tersebut seperti berikut :

SMK Seri Kampar               - Tn Hj Soriahidayat b. Muhammad - 0194721156
SMK Kampar                      -  En Ibrahim b. Mat Diah                - 0125128700
SMK Sentosa                       - Tn Hj. Saidi b. Ngah Abd.Said      - 0195555945
SMK Pei Yuan                     - En Tan Lek Soon                          - 0125562288
SMK Yuk Kwan                  - Gan Seik Chuan                            - 0165640248
SMK Sultan Yussuf              -Tn Hj Saidin b. Osman                    - 0125396464
SMK Bernadette Convent
SMK Toh Indera Wangsa   -Pn Hajjah Azizah bt Abd Rashid       -0125514990
SMK Tronoh                      - Pn Hajjah Juriah bt Ismail                - 0195554599
SMK Dato'Bendahara CM Yusuf -Pn Hajjah Bainah bt AbDolah  -0135117045
SMK Seri Teja                   - Pn Hajjah Jamaliah bt Ibrahim          - 0165493344
SMK  Idris Shah Gopeng   -  Pn Hajjah Rubiah bt Ahamad           - 0137791192
SMK Malim Nawar            - Tn Hj Mohd Azlan b. Nordin           - 0194706272
SMK Methodist (ACS)      - En. Lai Mann Kheong                       - 0124507510
SBP Integrasi Gopeng        -  Pn Hajjah Aziah bt Mohd Rafei        - 0175111404